DOBI LAYAN DIRI - MAICUCI

Dobi MAICUCI kini di Pendang Square, Kedah Berkonsepkan dobi layan diri, basuh sendiri, semudah ABC Kini basuhan anda menjadi lebih suci, sesuci basuhan ummi Jangan lupa untuk datang mencuci di MaiCuci, siang dan malam Ajak kawan, ajak teman, jangan lupa sebarkan
MaiCuci Admin

KESALAHAN & KESILAPAN BIASA DI DOBI LAYAN DIRI.

  • Memasukan syiling yang tidak betul ke dalam mesin basuh/kering, tambahan pula syiling sekarang walaupun mempunyai nilai yang sama tetapi mempunyai saiz yang berbeza (Maicuci: Bagi mengatasi masalah tersebut, mesin basuh/kering di MaiCuci hanya menerima token yang disediakan sahaja untuk berfungsi, pertukaran token boleh dilakukan dengan menggunakan Coin Changer yang disediakan hanya menggunakan wang kertas)

  • Memasukkan pakaian melebihi had yang dibenarkan, ini akan menyebabkan cucian pakaian menjadi tidak bersih (MaiCuci: Pelanggan perlu mengagak berat dan saiz pakaian yang akan dibasuh, membuka pakaian, pihak MaiCuci juga ada meletakkan tanda di mesin basuh sebagai tanda had cadangan)

  • Pakaian yang dibasuh masih bersabun (MaiCuci: Pelanggan dinasihatkan agar tidak memasukkan sabun extra kedalam mesin, dan perlu diingatkan sabun di MaiCuci dimasukkan secara automatik dan ianya adalah percuma)

  • Pakaian pelanggan sebelum ini masih berada di dalam mesin walaupun cucian sudah tamat (MaiCuci: Pihak MaiCuci ada menyediakan beberapa raga pakaian, pelanggan baru boleh menggunakan raga tersebut sebagai transit baju pelanggan lama yang telah dibasuh, juga sebagai transit baju sendiri sebelum diubah ke dalam mesin kering)

  • Pakaian yang dikeringkan tidak kering (MaiCuci: Pelanggan perlu memastikan mesin kering hanya untuk mengeringkan pakaian yang lembap, bukan basah kuyup, pakaian yang dimasukkan perlu dibuka, bukan dalam lipatan, dan pakaian yang dimasukkan tidak melebihi had kapasiti mesin. Jika tidak mesin tidak dapat mengeringkan pakaian dalam tempoh yang telah dihadkan. Oleh demikian, elakkan perkara diatas atau solusinya, 3 minit sebelum mesin kering tamat, sila buka dan pastikan pakaian anda telah kering, jika masih belum kering, anda boleh menambah masa keringan dengan menambah token tambahan)

  • Tidak menjaga kebersihan di kawasan dalaman dobi (MaiCuci: Sikap pelanggan harus diubah, disamping pihak MaiCuci menyediakan tong sampah, sinki dll untuk memudahkan pelanggan membuat cucian sendiri jika perlu)

  • Jika semua perkara diatas telah lakukan dengan betul, sila hubungi pihak MaiCuci untuk bantuan teknikal dan lain-lain
Dobi Layan Diri - Dobi 24 Jam - Dobi Maicuci - Dobi Pendang