Pihak MaiCuci akan menjalankan kerja-kerja maintenance selama sehari pada HARI JUMAAT, 12 OGOS 2016. Justeru, MaiCuci akan ditutup selama sehari pada hari tersebut untuk memberi laluan kerja-kerja tersebut. Pihak MaiCuci juga akan menjalankan penambahbaikan dan pembaharuan berdasarkan cadangan-cadangan yang membina daripada pihak pelanggan sekalian. Segala kesulitan amat dikesali.
Pihak MaiCuci bersyukur ke hadrat Illahi, atas kejayaan pelancaran pembukaan Dobi Layan Diri - MaiCuci seperti yang dirancang. Tanda kesyukuran dizahirkan dengan promosi pembukaan besar-besaran iaitu BASUHAN SECARA PERCUMA. Bukan RM4, bukan RM2, bukan RM1, tapi percuma. Kos air, kos mesin, kos sabun, kos elektrik, dan lain-lain kos kami tanggung semua demi pelanggan tercinta kami, rugi kalau tak cuba. Tidak perlu membawa sabun, tidak perlu membeli sabun, hanya membawa pakaian kotor.
Pihak MaiCuci sedia menerima teguran dan maklumbalas untuk memantapkan lagi perjalanan dobi ini. Jika terdapat sebarang maklumbalas, boleh terus hubungi pihak kami, dengan klik SINI.
Memasukan syiling yang tidak betul ke dalam mesin basuh/kering, tambahan pula syiling sekarang walaupun mempunyai nilai yang sama tetapi mempunyai saiz yang berbeza (Maicuci: Bagi mengatasi masalah tersebut, mesin basuh/kering di MaiCuci hanya menerima token yang disediakan sahaja untuk berfungsi, pertukaran token boleh dilakukan dengan menggunakan Coin Changer yang disediakan hanya menggunakan wang kertas)
Memasukkan pakaian melebihi had yang dibenarkan, ini akan menyebabkan cucian pakaian menjadi tidak bersih (MaiCuci: Pelanggan perlu mengagak berat dan saiz pakaian yang akan dibasuh, membuka pakaian, pihak MaiCuci juga ada meletakkan tanda di mesin basuh sebagai tanda had cadangan)
Pakaian yang dibasuh masih bersabun (MaiCuci: Pelanggan dinasihatkan agar tidak memasukkan sabun extra kedalam mesin, dan perlu diingatkan sabun di MaiCuci dimasukkan secara automatik dan ianya adalah percuma)
Pakaian pelanggan sebelum ini masih berada di dalam mesin walaupun cucian sudah tamat (MaiCuci: Pihak MaiCuci ada menyediakan beberapa raga pakaian, pelanggan baru boleh menggunakan raga tersebut sebagai transit baju pelanggan lama yang telah dibasuh, juga sebagai transit baju sendiri sebelum diubah ke dalam mesin kering)
Pakaian yang dikeringkan tidak kering (MaiCuci: Pelanggan perlu memastikan mesin kering hanya untuk mengeringkan pakaian yang lembap, bukan basah kuyup, pakaian yang dimasukkan perlu dibuka, bukan dalam lipatan, dan pakaian yang dimasukkan tidak melebihi had kapasiti mesin. Jika tidak mesin tidak dapat mengeringkan pakaian dalam tempoh yang telah dihadkan. Oleh demikian, elakkan perkara diatas atau solusinya, 3 minit sebelum mesin kering tamat, sila buka dan pastikan pakaian anda telah kering, jika masih belum kering, anda boleh menambah masa keringan dengan menambah token tambahan)
Tidak menjaga kebersihan di kawasan dalaman dobi (MaiCuci: Sikap pelanggan harus diubah, disamping pihak MaiCuci menyediakan tong sampah, sinki dll untuk memudahkan pelanggan membuat cucian sendiri jika perlu)
Jika semua perkara diatas telah lakukan dengan betul, sila hubungi pihak MaiCuci untuk bantuan teknikal dan lain-lain
Kami akan ajar anda satu persatu [sila klik sini]. Tambahan template, brochure, notis dan wallpaper juga memaparkan benda yang sama.
Mungkin ianya masih baru di Malaysia, tapi sebenarnya dah lama di luar negara, mesti ingat kalau tengok video Mr Bean di bawah ni.
Penambahbaikan kami berdasarkan cerita Mr Bean diatas:
Tidak perlu membawa syiling, kerana premis kami menyediakan Coin Changer dengan menggunakan wang kertas dah boleh tukar syiling, tambahan pula mesin kami menggunakan token khas (dengan menggunakan Coin Changer tersebut)
Tidak perlu membawa sabun/detergent, pihak kami membekalkan detergent secara percuma, automatik dimasukkan kedalam mesin setiap kali basuhan
Sambil menunggu, anda boleh menonton TV yang disediakan, menikmati internet atau wifi secara percuma, makan dan minum di restoren bersebelahan atau menjalankan urusan2 lain kerana kedudukan premis kami yang strategik
Erk.. tidak semua benda boleh dicuci menggunakan washing machine.. Mr Bean.. Mr Bean..
Tidak sempat membasuh kerana sibuk, kenduri, raya dll
Hujan dan kawasan jemuran terhad, pakaian susah kering
Perlu memakai baju tersebut dengan segera
KENAPA TIDAK DOBI BIASA ?
Tidak boleh mengambil pakaian dengan segera melainkan bayaran extra
Akan berlaku percampuran dengan pakaian pelanggan lain
Harga yang agak mahal berdasarkan jenis kain dan berat
Waktu operasi terhad
KENAPA MESTI KAMI (DOBI MAICUCI) ?
Waktu operasi 24 jam, selepas solat tahajud pun boleh datang
Pakaian dibasuh dan dikeringkan dengan segera (masa menunggu kurang 1 jam)
Kedudukan premis yang strategik, anda boleh membuat urusan lain seperti urusan bank, sada, shopping dll tanpa perlu menunggu di premis
Pantauan CCTV 24 jam
Berhadapan Restoran Nasi Kandar Hameeds dan bersebelahan LB Cafe
Berhampiran Bank Rakyat & Maybank
Sabun pencuci pakaian berkualiti tinggi 3in1 (pencuci-pelembut-pewangi) adalah PERCUMA dan dimasukkan secara automatik ke dalam mesin, anda tidak perlu membawa sabun sendiri
Vending machine minuman ringan disediakan
TV disediakan
Dan yang paling penting, bayaran yang murah dan berbaloi
Temui kami di Dobi Layan Diri - Dobi MaiCuci di Pendang Square, Kedah